Monday, December 03, 2007
Sibu

Salam manis,

Kepada semua, kak anis doakan agar sihat sejahtera dan ceria hendaknya.

Kak Anis baru kembali dari Sibu semalam dan ingin berkongsi pengalaman dan kenangan manis tiga hari dua malam di sana yang tidak mungkin akan dapat dilupa.

Rentetannya:

30 November 2007 (Jumaat) -  Kak Anis dengan beberapa orang penulis, iaitu Lily Haslina, Aisya Sofea dan Damya Hanna serta Ziana dan Liza yang mewakili Alaf 21 berkumpul di LCCT untuk penerbangan ke Sibu pada pukul 11.30 pagi. Alhamdulillah penerbangan tepat mengikut jadual dan kami selamat sampai di Sibu. Disambut mesra oleh Madam Hee, pemilik Public Book Company, Wisma Sanyan. Kami dihantar ke hotel penginapan di Hotel RH yang terletak bersebelahan dengan Wisma Sanyan. Selepas makan tengah hari dan berehat seketika, kami terus ke kedai buku. Smile Memang sambutannya sangat menggalakkan hingga kami terasa jam menunjukkan ke pukul 6.30 petang.

Selepas berehat, kami dibawa makan malam oleh Madam Hee dan Cik Tan. Kemudian berjalan di kawasan pasar malam sebelum balik ke hotel.

1 Disember 2007 (Sabtu) - Selepas sarapan kami ke pasar. Sempatlah membeli pelbagai jenis ikan masin, udang kering, buah nanas Sarikei dan cempedak. Selepas itu terus ke Public Book Company. Big Smile Sambutannya lebih meriah lagi kerana masa kami lebih panjang, iaitu dari 10.30 pagi - 6.30 petang. Peminat novel bukan sahaja dari sekitar Sibu, tetapi ada yang datang dari Sarikei, Kanowit, Mukah, Bintulu, Miri. Kapit dll. Memang kami sangat terharu dengan sambutan yang diberi. Kak anis tidak sangka Surprise akan bertemu dengan Pn. Rohima, teman dr SMK Seri Saujana yg dah pindah ke Sibu. Katanya dia mengetahui kedatangan kami melalui berita dalam akhbar The Borneo Post.

Selepas berehat, kami makan malam di Cafe Bandong. Kemudian Mr. John Hee membawa kami bersiar-siar di sekitar bandar Sibu. Antaranya ke tempat pendaratan awal orang Cina di Sibu, iaitu di Sungai Merah. Ada monumen di situ. Kemudian singgah di beberapa tempat lagi sambil diberi penerangan ringkas.

2 Disember 2007 - selepas bersarapan di Cafe Tanjong Manis, kami bersiar-siar di bandar Sibu lagi sebelum langsung ke Durin. Hajat kami hendak membeli barangan cenderamata, tetapi tidak bertemu dengan tempatnya. Perjalanan diteruskan hingga ke Kanowit. Memang tak sangka kami akan sampai ke sini dan melihat rumah2 panjang di kiri dan kanan jalan.

Selepas itu terus ke airport untuk penerbangan pulang pukul 1.40 petang. Big Smile Alhamdulillah penerbangan mengikut jadual dan kami selamat sampai di LCCT.

Di sini Kak Anis ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Alaf 21, terutama kepada En. Norden yang membawa Kak Anis dan penulis2 lain ke Sibu. Begitu juga kepada Ziana dan Liza yang sangat mengambil berat tentang kami sewaktu di sana. Juga kepada Mr. John Hee dan Madam Hee atas promosi dan layanan yang sangat manis sepanjang masa kami berada di Sibu. Tidak ketinggalan tentulah kepada semua peminat novel di Sibu khasnya dan di Sarawak amnya yang memberi sambutan  hangat kepada kami. Insya-ALLAH kita bertemu lagi.

Hingga jumpa lagi.

Salam sayang,

Kak Anis

P/s: Kak Anis nak packing untuk ke Beijing/ Shanghai esok.

 

 

 

Posted at 09:59 am by anisayuni

Anis Ayuni
January 5, 2008   04:18 PM PST
 
nacha ... di Beijing kak anis menyelusuri memori Zairi - Dhira. Angin dingin membuatkan suasananya terasa sangat romantis
nacha
December 10, 2007   11:42 AM PST
 
wah! kak Anis gi China nak mengimbau kenangan Dhira&Zairi ke? so sweet...
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry

ANIS AYUNI
   

<< December 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


Name :
Web URL :
Message :
smileys





rss feed