Friday, September 18, 2009
Eid Mubarak

Salam sesuci lebaran.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Buat semua, Kak Anis mengambil kesempatan memohon kemaafan andai ada terkasar bahasa, tersilap kata atau tersalah ucap selama kita bersama.

Posted at 10:37 am by anisayuni
Make a comment  

Monday, August 31, 2009
Dari shout box Part 2

Zahra96 - Salam...Kak Anis buku kau kekasihku x de kt kedai buku pun...Bila saya pergi x pena jumpa... Anis Ayuni: W'salam. Untuk novel tu, Zahra boleh buat pesanan terus melalui pos ke Alaf 21

nadia » a'kum..x de ke smbungan byabgan rndu..sy mnat sgt nvl tu..sy hrp kak anis leh wat smbungan citer tu..n all the best..tq Anis Ayuni: Kak anis lebih suka menulis cerita baru. Mungkin nanti kisah Umar Aisy dan Iddya akan kak anis sisip dalam novel seterusnya.

anis ayuni » akak, kenapa x guna nama sendir?mana dapat nama anis ayuni nie? Anis Ayuni: Nama Anis Ayuni diberi oleh Alaf 21

manisku » salam ramdhan buat k.anis..........Anis Ayuni: Salam Ramadhan buat manisku. Semoga mendapat pahala yg berlipat kali ganda untuk ibadah sepanjang bulan yang mulia ini.

meteora » bez la novel S.A.C  Anis Ayuni: Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membacanya.

aida adriani » salam ramadhan buat kak anis. semoga menjapat rahmat drpnNYA. tahniah utk novel baru. kak anis memang ummph!!   Anis Ayuni: Salam Ramadhan untuk Aida sekeluarga.

wan zuhaira » salam kak anis.. sy baru berkesempatan beli novel latest kak anis, dah habis baca. agak menarik, cuma endingnya hbs mase hri pernikahan je.. pepon karya kak anis tetap yang terbaik di hati saya... Anis Ayuni: Terima kasih. Insya-ALLAH akan kak anis baiki bahagian ending untuk novel yg akan datang

chaqnorish » sy baru nak cuba2 menulis.pernah menulis cerpen dan sajak utk sekolah dulu.dah lama tinggalkan.bagaimana sy nak teruskan hobi sy nie.apa nasihat dari akak yg byk pengalaman. Anis Ayuni: Nanti hantar e-mel ya! anisayuni21@yahoo.com


zee » Salam n Salam Ramadhan buat kak anis... Muga sihat n dirahmati selalu..
Anis Ayuni: Salam Ramadhan buat zee sekeluarga. Moga hidayah ALLAH sentiasa mengiringi langkahmu.

sofi » salam anis. saya suka sangat gaya tulisan awak. semua buku awak saya ada. tp yg paling berkesan di hati tentunya ttg pian dan ana. berapa kali baca pun, bla sampai bab abg wan tu..mesti nangis. Anis Ayuni: Salam buat sofi. Terima kasih kr luangkan masa baca novel2 akak dan menjadikannya koleksi. GEMERSIK KALBU juga dekat di hati kak anis.

Farah » Salam Puan.Boleh x saya temuramah Puan untuk assigment saya?Kalau boleh,tolong email saya..Saya Berharap sangat.ferrayogurt_90@yahoo.com      Anis Ayuni: Nanti hantar e-mel. anisayuni21@yahoo.com.

hezrin » i hav all yur novels n i enjoy reading it...the best is Bayangan Rindu n Manisnya Cinta...could u pls write the sequel of Bayangan Rindu? i just luv the characters  Anis Ayuni: Thanks. Insya-ALLAH suatu hari nanti kak anis buat sambungan BAYANGAN RINDU. Tu pun kalau ada idea kerana kak anis lebih suka tulis cerita baru.

eka » salam,kak anis selamat berkenalan..byk betul novel yg k.anis terbitkan..k smoga k.anis terus berjaya dlm hdup k...   Anis Ayuni: Salam kenal. Terima kasih atas dorongan.

Hamidah » Salam Kak Anis, I'm from Brunei.saya minat dgn novel-novel kak anis especially novel Gemersik Kalbu, yg terbaru Sungguh Aku Cinta was awesome. Tak sabar nak tunggu Kak Anis' next novel. Keep it up Anis Ayuni: Salam buat Hamidah. Terima kasih sudi luangkan masa baca novel2 kak anis. Lega kr Midah menyukai esp GEMERSIK KALBU SUNGGUH AKU CINTA. Next novel insya-ALLAH tahun depan

Fatin s » Pertama kali membaca karya anis ayuni, hati saya terus terpaut dan jatuh cinta. Sekarang saya sering memburu karya-karya terbaik dari anis ayuni. Terima kasih untuk karya-karya yang telah menghidupkan  Anis Ayuni: Fatin, terima kasih atas sokongan. Semoga mendapat sedikit ilmu drp pembacaannya.

Salina Mat Sarif » Salam..... Harap akak akan terus berkarya mewarnai dunia penulisan Malaysia. Saya salah seorang peminat akak. Terima kasih utk karya yg menghiburkan.  Anis Ayuni: Salam buat Salina. kak anis lega kr Salina menyenangi novel2 akak dan terhibur membacanya.

 

Posted at 07:17 am by anisayuni
Comments (4)  

Dari shout box Part 1

Salam buat semua, sihat sejahtera selalu hendaknya. Sebenarnya kak anis jarang di sini kerana selalunya di 'rumah' satu lagi. Alamatnya: anisayuni21.blogspot.com. Apapun, terima kasih banyak2 atas sokongan dan dorongan yang diberi. Doa kak anis semoga hidayah ALLAH SWT sentiasa mengiringi langkah kalian semua.

eja - salam kak anis?..tahniah sy ucapkan cz hasilkan nove yg best2 giler..sy mmg peminat hasil novel kak anis..jln cete novel akak sume ny menarik..harap lps ni ada lg novel terbaru dr akak..  Anis Ayuni: Terima kasih byk2 atas sokongan. Tentang novel baru ... insya-ALLAH tahun depan.

GiLoCatur » Cg Anis, jika boleh kongsi pengalaman semasa ASAT 2007 di kuantan sila emel ke sabdlati@gmail.com atau ke laman blog asat 2009
GiLoCatur » sila lawati http://asat2009.blogspot.com/ utk berita2 & info ASAT 2009
di WP KL  
Ayuni: Kali pertama kak anis ikuti program ASAT di Kuantan. ASAT 2009, kak anis tak pergi. Insya-ALLAH nanti kak anis singgah ke web ASAT

malina » salam kak anis..sy mmg suke sgt ngn krya2 akak..yg latest SAC,its so different,i really luv it..   Anis Ayuni: Salam kembali buat Malina. Tkasih kr sudi luangkan masa baca novel kak anis

rose76 » Salam -semlm sy baru abis baca novel kak anis yg btjuk "SAC " .best laa... Anis Ayuni: Salam buat Rose. Thanks ya ke sudi baca SUNGGUH AKU CINTA

zalila » slm, datin tipah, sy ila kwn zuraini masa kat smkdtho, tp skrg sy dah kat sibu. sy dah beli SAC, best sgt tp hrga mahal ckit dr smnjung  Anis Ayuni: Wah, datin lagi! Ni mesti Zuraini cerita ... hehehe ... Dah lama saya tak ke Desa. Rindu nak ke sana, tapi tak suker bila guard tahan. Harga novel di Sibu mungkin jadi mahal sikit kerana seberang Laut China Selatan

pid » slm k.anis.SAC mmg best.bila k.anis nak tulis novel lg.dah x sbr ni     Anis Ayuni: Thanks pid. Novel baru kak anis, insya-ALLAH tahun depan. Ni tengah 'kayuh' ...

yana » salam kak anis.saya yana.akak ada ym x.. Anis Ayuni: Salam kembali. Kak anis jarang ym ... kebetulan kita bertemu. Tkasih layan kak anis berbual

alia » hye kak anis...sy bc buku akak yang bayangan rindu,,sgt best...sudila2 melawt blog sy.http://fatinaliyya.blogspot.com Anis Ayuni: Tkasih byk2 alia. insya-ALLAH nanti akak singgah

nurul » Hai kak.....Saya da baca novel akak.. Dari dulu sampai skang nie..novel kak Anis memang best.. tak sabarnye nak tgu akak kuarkan novel baru plak... Anis Ayuni: Tkasih byk2 nurul atas sokongan yang berterusan. Novel baru ... err ... tahun depan ya!

jessie » hi akak.. kalau akak tak keberatan , sila lawat www.suancui.blogspot.com saya ada karang novel yg bertajuk "kasih yg terpahat di hati Anis Ayuni: Nanti akak ke sana, Jes!

Leonie meg ryan » hi kak anis....sy dah lma bca novel SAC akak..mmg best..dr dulu smpi skrng memang best....hehe kwn2 nak pnjam..alah kna bli sndri lah kan kak anis..... Anis Ayuni: thanks Leonie. Ttg kawan2, bisik2lah suruh dia orang beli sendiri

Eddy Malik » hai kak anis ayuni...!!name saya eddya..  Anis Ayuni: Salam kenal

aniseakmal » saya begitu meminati karya kak anis...yg sentiasa dlm ingatan saya..manisnya cinta,gemersik kalbu dab 1000x sayang...yang terbaru sesungguhnya aku cinta baru baca separuh...tp mcm kekurangan sesuatu..       Anis Ayuni: Terima kasih byk2 anis. Dalam SAC, kak anis guna sudut pandangan yg berbeza. Insya-ALLAH dlm novel yg akan dtg, kak anis kembali dgn 'aku'

nurMUAJHIDAH » SALAM ZIARAH DARI BUMI UKM. Anis Ayuni: Terima kasih kerana sudi singgah. Sihat sejahtera selalu hendaknya

nyna56 » kak anis nk minta tips beli novel best bleh sbb skrg terlalu bnyk novel di pasaran sampai takut nk beli.....
nyna56 » dIsebabkan novel terlalu banyak di pasaran saya harus berhati-hati untuk pilih....yg paling penting mstilah keseronokan dan kepuasan membaca....jd saya nak minta tips mcm mne nk pilih yg best...
nyna56 » saya tertanya-tnya adakah novel terbaru kak anis bezz kali nie... Anis Ayuni: Untuk tips, sila tengok novel2 yg tersenarai dlm Carta Top Ten MPH dan kedai Buku Popular. Tentang bezz atau tak SUNGGUH AKU CINTA, istilah tu terlalu subjektif dan terpulang kpd cita rasa pembaca. 

zuraiha » saya suka novel2  kak anis...bez sgt2..... Anis Ayuni: Terima kasih Zuraiha.

irriz » salam ziarah.. http://irriz.blogspot.com/ Anis Ayuni: insya-ALLAH nanti akak singgah

LiyAnA hAni » hye kak anis...ermm nvl SAC dah beli dn dh hbs bace....ermm best nvl nie...xrugi yana mmbelinya...hehe..ssh nk dpt lelaki mcm fajar tu kn kak anis...hehe  Anis Ayuni: Terima kasih Yana. Berdoalah moga suatu hari nanti Yana diketemu dgn lelaki sebaik Fajar

salimah » saya meminati novel- novel anda.ianya mengandungi unsur-unsur keagamaan dan percintaan.syabas kepada anda yang membuat saya ternanti-nanti novel anda.semoga berjaya.buatlah novel yang lebih gerek lagi Anis Ayuni: Terima kasih byk2. Kita berkongsi sedikit ilmu melalui tazkirah dan petua. Novel baru kak anis, insya-ALLAH tahun depan.

veryberry » salam, k.anis. sy peminat setia k.anis. Semua novel dr k. anis dh sy baca. sbnrnny trnnti2 novel br k.anis. tk thpn dh kluar. sy hrp novel br ni best. yg lps2 tu cite2nya mmg syahdu. keep on writing.  Anis Ayuni: Salam manis buat veryberry. Tkasih atas sokongan yg berterusan. Novel baru  tunggu tahun depan ya!

Posted at 06:46 am by anisayuni
Comments (2)  

Monday, April 20, 2009
Sungguh Aku Cinta

 

 

Sinopsis

Tidak pernah terlintas di fikiran Maira yang janji setia Azhan terhadapnya akan sirna. Kasih yang diharap meneduh dan melindunginya terhenti apabila Azhan memilih untuk menikahi Sofia. Meskipun bukan pintanya hal itu terjadi, namun Maira harus mendepani takdir. Tidak dibiarkan diri lemas tenggelam dalam lautan kecewa, Maira bangkit dengan kekuatan semangat yang masih bersisa untuk membangunkan kembali sebuah kehidupan.

Tekad Fajar tidak mahu memikirkan soal cinta selagi puncak Kalla Pattar belum dapat ditawan akhirnya lebur apabila dia bertemu dengan Maira. Kali pertama bertentang mata, hatinya sudah ditusuk panah cinta. Namun hati si dia bagaikan tidak terusik dengan aura cintanya. Salam kasihnya dibiarkan sepi tanpa peduli.

Pertemuan demi pertemuan meyakinkan Fajar bahawa ALLAH telah menyuratkan jodohnya dengan Maira. Lalu dia terus memburu, menggempur dan akhirnya berjaya menawan hati Maira. Dilamun cinta nan indah, Fajar dengan Maira menyulam impian untuk hidup bersama di alam rumah tangga.

 

Rasa kesal melepaskan kilauan sebutir permata yang menjebak hati Azhan membuatkan dia bertekad untuk mengambil Maira kembali, sekalipun dia tahu tangannya pasti akan tertusuk duri. Dijaja rasa hati yang tidak bahagia untuk meraih simpati, sedangkan bagi Maira sama ada Azhan berbahagia, sudah tunggang-terbalik atau telungkup rumah tangganya, dia peduli apa. Azhan bukannya kahwin paksa, sebaliknya dia berkahwin dengan wanita pilihan hati. Bukan setakat nanar, tetapi dia menjadi separuh gila selagi dia tidak mengahwini Sofia. Kesudahannya ...


Jutaan terima kasih kepada warga Alaf 21 yang mengusahakan penerbitan novel ini, terutama kepada Saadi yang sangat sabar mengeditnya. Terima kasih kepada En. Norden atas dorongan dan motivasi.

Kepada peminat novel, sudikanlah menatap buah tangan yang terbaru daripada Kak Anis. Bagai yang tertulis, sama ada pahit atau manis, Kak Anis terima komen dengan hati yang terbuka. Sesungguhnya tak dapatlah hendak dipenuhi kehendak semua pembaca yang berlainan citarasa.

Selamat membaca!

 

 

Posted at 08:32 pm by anisayuni
Comments (13)  

Wednesday, April 09, 2008
Seribu Kali Sayang

Sinopsis

Sudah ditakdirkan sejak lahir, Nur Qazrina atau Abby ditinggal ayahnya. Bagi Abby, tanpa kehadiran lelaki itu hatinya tetap berasa bahagia. Menginjak usia remaja, ungkitan Kak Lisa yang dialah punca perceraian ibu dan bapa mereka, sangat membebankan jiwa. Kakaknya juga sering mempamer reaksi tidak menyenangi kehadirannya di rumah.

Daripada teman Kak Lisa yang silih berganti, kehadiran Syed Nadjmil Faiz dilihat oleh Abby sebagai calon suami yang terbaik untuk kakaknya. Sikapnya yang bertanggungjawab dan melindungi sesekali membuatkan Abby digoda perasaan. Namun mujurlah dia segera mengingatkan diri bahawa bakal abang ipar masakan boleh dijadikan teman sendiri.


Hasrat untuk meminang yang disuarakan oleh Syed Nadjmil Faiz menimbulkan konflik. Bagi Abby, hasrat itu jatuh di tempat yang salah kerana bercinta dengan kakak, mengapa pula yang dipinang adiknya? Sudah hilang pertimbangan akal barangkali, maka Syed Nadjmil Faiz memilihnya dan bukan Kak Lisa.


Bagi Syed Nadjmil Faiz, berkawan bukan ertinya berkasih. Sekian lama mengenali si kakak, hatinya tidak pernah disapa rasa cinta. Tetapi pertama kali bertemu Abby, perasaannya digoda rindu. Meskipun sangat mengharap agar kasihnya bersambut, dia sedar Abby berhak menolak.

Kebencian Kak Lisa terhadap Abby bagaikan tidak bernoktah. Abby terjebak dalam dilemma. Bagaimana kemelut ini hendak dirungkai?


* SERIBU KALI SAYANG ... 'baby' Kak Anis yang ketujuh ni lahir masa Pesta Buku 2008 di PWTC. Pada awalnya Kak Anis ingat buah tangan terbaru ni dapat dibawa ke Pesta Buku Brunei, tapi apakan daya ketika itu SERIBU KALI SAYANG masih dalam proses cetakan. Aduhai ...

Buat peminat novel, terimalah SERIBU KALI SAYANG seadanya ...

Posted at 05:37 am by anisayuni
Comments (42)  

Monday, February 18, 2008
Pesta Buku Brunei

 

   Insya-ALLAH Kak Anis akan bersama-sama penulis Alaf 21 ke Pesta Buku Brunei pada 29 Februari - 3 Mac 2008 yang akan diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas. Kita jumpa di sana ...

Posted at 05:27 pm by anisayuni
Comments (7)  

Wednesday, January 02, 2008
Selamat kembali ke sekolah

Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak dan para guru. Sekali lagi berulang rutin untuk ibu bapa menguruskan anak-anak yang masih bersekolah. Apapun, itu adalah tanggungjawab yang mesti dilaksanakan dengan ikhlas dan penuh iltizam.

Untuk pengetahuan semua, Kak Anis juga boleh ditemui di anisayuni21.blogspot.com. Rumah baru ini belum siap sepenuhnya, namun sudi2kanlah berkunjung.

 

Posted at 07:22 pm by anisayuni
Comments (2)  

Monday, December 31, 2007
Beijing dan Shanghai

 

Salam buat semua. Selamat menyambut Tahun Baru 2008.

 

Moga sihat sejahtera dan berbahagia selalu. 03 Januari '08 akan bermulalah sesi persekolahan. Memang Kak Anis agak sibuk dengan mesyuarat, hari orientasi pelajar Peralihan dan Tingkatan Satu dan 02 Januari nanti pendaftaran pelajar asrama.

 

Kak Anis nak berkongsi pengalaman bercuti di Beijing dan Shanghai pada 04 Dis - 10 Dis 2007. Baru kini ada kesempatan untuk menulisnya.

 

 

   Kami pergi dalam kumpulan seramai 30 orang termasuk Hj. Shahrom, pemandu pelacong dari POTO Travel. Kak Anis sekeluarga, Akmel, Zaini dan Kamal dengan keluarga masing-masing, Kak Miss (kakak Kak Anis) dan Nik. Kami menaiki kapal terbang Cathay Pacific dan transit di Hong Kong selama dua jam sebelum meneruskan perjalanan ke Beijing. Kami sampai di hotel penginapan pada waktu waktu.

 

 

                               Gambar kumpulan depan Tembok Besar China

 

 

                                       

Hari pertama

 

 

   Selepas bersarapan kami terus ke Medan Tiananmen dan Forbidden City @ Kota Larangan. Keadaan di sekitarnya sama yang Kak Anis gambarkan dalam novel Kau Kekasihku.

 

        Di hadapan Medan Tiananmen

 

Kak Anis di Kota Larangan @ Forbidden City

 

Danial di Kota Larangan @ Forbidden City

 

   Kemudian kami ke pusat herba. Di sini ada urutan tapak kaki. Memanglah sangat melegakan kerana tapak kaki diurut setelah kami berjalan sejauh hampir 4 kilometer di Medan Tiananmen dan Kota Larangan. Selepas itu kami ke masjid untuk solat. Makan tengah hari dan ke tempat jualan ubat lagi. Arghh! Bukan sahaja bebudak, tapi orang dewasa pun tak suka. Apabila ada yang merungut kerana kami belum lagi dibawa ke tempat membeli-belah, Hj. Shahrom menjelaskan bahawa tempat-tempat ini memang 'wajib' dilawati kerana sudah ditetapkan oleh kerajaan. Apapun, yang pasti pemandu pelancong dari agensi pelancongan di negara China yang memandu kami sepanjang di sini mendapat komisyen daripada jumlah barangan yang kami beli.

 

 

   Pada waktu malam kami menyaksikan pertunjukan akrobatik.

 

 

Hari kedua

 

   Kami ke kedai-kedai yang menjual jade, kristal dan pelbagai perhiasan rumah. Selepas makan tengah hari, kami ke Tembok Besar China @ Great Wall of China. Untuk lawatan kali kedua ini, Kak Anis dari bahagian tembok yang lain. Mencungap mendaki anak tangga sampai rasa macam tidak boleh hendak bernafas. Hidung seperti sudah terasa kerana kedinginan yang mencengkam. Namun akhirnya sampai juga ke paras yang membolehkan kami 'mendapatkan' sekeping kad sebagai bukti kami sudah mendaki Tembok Besar.

 

                                Mendaki anak tangga di Tembok Besar China

 

Luqman di Tembok Besar China

 

   Dari Tembok Besar, kami ke ski resort. Anak-anak (lebih kurang 8 orang) belajar bermain ski. Tunggang-langgang dan asyik jatuh sahaja kerana kali pertama mencubanya. Setelah agak lama, barulah boleh meluncur laju, walaupun sesekali masih jatuh dan berlaga sesama mereka.  

 

Kak Anis dengan Luqman n Ayeen

 

Hari ketiga

 

 

Kak Anis di jambatan dalam kawasan Summer Palace

 

Berlatarbelakangkan Stadium Olimpik Beijing

 

   Dari ski resort, kami ke Summer Palaca. Kali ini kami masuk ikut pintu yang lain dari lawatan sebelum ini dan melawat ke sekitar taman di bahagian yang berbeza. Kemudian kami bergambar berlatar belakangkan stadium olimpik yang sedang dibina kerana Beijing akan menjadi tuan rumah sukan olimpik pada 08.08.2008. Stadium utamanya berbentuk seperti sarang burung. Memang agak unik.

 

 

   Kemudian kami dibawa untuk makan tengah hari, tetapi sebelum itu kami dibawa ke kedai mutiara dan berlian yang terletak bersebelahan restoran, sedangkan janjinya dari Summer Palace, kami akan terus dibawa membeli-belah. Lama sungguh kami di sini hingga kami tercari-cari pemandu pelancong untuk bertanya tentang makan tengah hari. Sengaja dia membiarkan kami berlama-lama dengan harapan membeli dengan banyak, sekali gus banyaklah komisyennya. Bosan betul!

 

   Lepas makan tengah hari dan solat, barulah kami dibawa ke bazaar. Percaya atau tidak, kami diberi masa hanya selama sejam setengah. Alasannya kami perlu ke restoran untuk makan malam dan perlu ke stesen kereta api lebih awal, sedangkan di sinilah ada pakaian, cadar, sarung kusyen, beg, alatan elektronik dan segala macam benda yang murah harganya.Kalut betul dan capai aje mana yang sempat.

 

 

 

 

 

   Selepas makan malam, kami ke stesen kereta api. Walaupun perjalanannya mengambil masa selama selama 12 jam, tetapi menaiki kereta api ekspres kelas 1 dari Beijing ke Shanghai memang selesa. Kami berkongsi satu kabin empat orang. Kabin ini memuatkan katil dua tingkat dan nampak sempit, tetapi masih ada ruang penyimpanan yang mencukupi untuk meletakkan beg-beg pakaian dan cukup selesa. Mula-mula memang riuh dan kami asyik berjalan dari satu kabin ke kabin yang lain kerana masing-masing tak pernah naik kereta api yang ada kabin begini. Jadi macam pelik dan sangat teruja. Tetapi lama-kelamaan semuanya tidur lena kerana kepenatan.

 

                                       Berlatarbelakangkan Pudong, Shanghai

 

Di hadapan Peach Mosque. Masjid tertua di Shanghai

 

   Program tiga hari dua malam di Shanghai lebih relaks. Walaupun kami masih dibawa ke tempat demonstrasi air teh dan jade, tetapi sekejap sahaja. Seterusnya ke tepi sungai dan menyaksikan pembangunan bandar Pudong, Shanghai. Malam kami pergi river cruise. Pemandangannya  memang sangat cantik. Kami juga dibawa membeli-belah di bazaar yang memang merupakan pusat jualan beg tangan, pakaian dan pelbagai lagi.

   

   Keseluruhannya, percutian ini memang sangat menyeronokkan kerana kawan-kawan yang pergi bersama-sama semuanya sekepala.

 

  

Hingga jumpa lagi.

 

 

Salam sayang daripada Kak Anis

 

Posted at 03:24 pm by anisayuni
Comments (7)  

Wednesday, December 19, 2007
Salam Aidiladha

Selamat menyambut hari raya Aidiladha Kak Anis ucapkan kepada semua. Smile

Posted at 10:41 pm by anisayuni
Comments (3)  

Monday, December 03, 2007
Sibu

Salam manis,

Kepada semua, kak anis doakan agar sihat sejahtera dan ceria hendaknya.

Kak Anis baru kembali dari Sibu semalam dan ingin berkongsi pengalaman dan kenangan manis tiga hari dua malam di sana yang tidak mungkin akan dapat dilupa.

Rentetannya:

30 November 2007 (Jumaat) -  Kak Anis dengan beberapa orang penulis, iaitu Lily Haslina, Aisya Sofea dan Damya Hanna serta Ziana dan Liza yang mewakili Alaf 21 berkumpul di LCCT untuk penerbangan ke Sibu pada pukul 11.30 pagi. Alhamdulillah penerbangan tepat mengikut jadual dan kami selamat sampai di Sibu. Disambut mesra oleh Madam Hee, pemilik Public Book Company, Wisma Sanyan. Kami dihantar ke hotel penginapan di Hotel RH yang terletak bersebelahan dengan Wisma Sanyan. Selepas makan tengah hari dan berehat seketika, kami terus ke kedai buku. Smile Memang sambutannya sangat menggalakkan hingga kami terasa jam menunjukkan ke pukul 6.30 petang.

Selepas berehat, kami dibawa makan malam oleh Madam Hee dan Cik Tan. Kemudian berjalan di kawasan pasar malam sebelum balik ke hotel.

1 Disember 2007 (Sabtu) - Selepas sarapan kami ke pasar. Sempatlah membeli pelbagai jenis ikan masin, udang kering, buah nanas Sarikei dan cempedak. Selepas itu terus ke Public Book Company. Big Smile Sambutannya lebih meriah lagi kerana masa kami lebih panjang, iaitu dari 10.30 pagi - 6.30 petang. Peminat novel bukan sahaja dari sekitar Sibu, tetapi ada yang datang dari Sarikei, Kanowit, Mukah, Bintulu, Miri. Kapit dll. Memang kami sangat terharu dengan sambutan yang diberi. Kak anis tidak sangka Surprise akan bertemu dengan Pn. Rohima, teman dr SMK Seri Saujana yg dah pindah ke Sibu. Katanya dia mengetahui kedatangan kami melalui berita dalam akhbar The Borneo Post.

Selepas berehat, kami makan malam di Cafe Bandong. Kemudian Mr. John Hee membawa kami bersiar-siar di sekitar bandar Sibu. Antaranya ke tempat pendaratan awal orang Cina di Sibu, iaitu di Sungai Merah. Ada monumen di situ. Kemudian singgah di beberapa tempat lagi sambil diberi penerangan ringkas.

2 Disember 2007 - selepas bersarapan di Cafe Tanjong Manis, kami bersiar-siar di bandar Sibu lagi sebelum langsung ke Durin. Hajat kami hendak membeli barangan cenderamata, tetapi tidak bertemu dengan tempatnya. Perjalanan diteruskan hingga ke Kanowit. Memang tak sangka kami akan sampai ke sini dan melihat rumah2 panjang di kiri dan kanan jalan.

Selepas itu terus ke airport untuk penerbangan pulang pukul 1.40 petang. Big Smile Alhamdulillah penerbangan mengikut jadual dan kami selamat sampai di LCCT.

Di sini Kak Anis ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Alaf 21, terutama kepada En. Norden yang membawa Kak Anis dan penulis2 lain ke Sibu. Begitu juga kepada Ziana dan Liza yang sangat mengambil berat tentang kami sewaktu di sana. Juga kepada Mr. John Hee dan Madam Hee atas promosi dan layanan yang sangat manis sepanjang masa kami berada di Sibu. Tidak ketinggalan tentulah kepada semua peminat novel di Sibu khasnya dan di Sarawak amnya yang memberi sambutan  hangat kepada kami. Insya-ALLAH kita bertemu lagi.

Hingga jumpa lagi.

Salam sayang,

Kak Anis

P/s: Kak Anis nak packing untuk ke Beijing/ Shanghai esok.

 

 

 

Posted at 09:59 am by anisayuni
Comments (2)  

Next Page

ANIS AYUNI
   

<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


Name :
Web URL :
Message :
smileys





rss feed