|
|
 |
 |
|
Sunday, November 18, 2007
Salam salam salam,
Terima kasih kepada semua yang singgah di sini ... sama ada yang selalu datang dan yang sesekali datang. Bagi yang baru pertama kali datang, salam perkenalan Kak Anis ucapkan.
Maaf kerana Kak Anis tak membalas di tagboard, tapi tetap membaca setiap patah kata yang ditulis. Bagi yang sudi dan telah membaca novel Kak Anis, terima kasih diucapkan. Bagi yang bermadah, seronok pula Kak Anis membacanya. Nanti ada kelapangan, Kak Anis akan 'berkicau' di situ.
Dua minggu sebelum cuti persekolahan, banyak kerja yang perlu dibereskan terutama serahan markah, mesyuarat demi mesyuarat, perancangan takwim, program selepas peperiksaan, jadual dll. Pastinya sebelum pukul 7 pagi hinggalah 3.30 petang tentulah di sekolah. Kemudian sibuk pula dengan kerja-kerja rumah dan mencuri masa pula untuk menulis manuskrip yang macam tak berapa nak siap-siap lagi nih!
Oh ya, pagi tadi sempat juga Kak Anis bersama-sama meraikan majlis pelancaran novel Hani Sofea anjuran Kakinovel di K Avenue. Terima kasih kepada Izzul atas undangannya. Dalam majlis tu Kak Anis jumpa anim, wan amalyn, carrie, kaklena, ija, notti, kak Puteri Andalas, izza, dina, rosnita dan ramai lagi.
Esok dan lusa, Kak Anis perlu ke sekolah untuk menghadiri satu program (8.00 pagi hingga 4.30 petang). 30 Nov - 2 Dis, Kak Anis akan bersama-sama team Alaf 21 ke Sibu, Sarawak. 4 Dis - 10 Dis, kami sekeluarga akan ke 'kampung' Z. Lepas tu harap Kak Anis ada masa untuk menulis sebelum kembali sibuk dengan persediaan sesi persekolahan 2008.
Hingga bertemu lagi.
Salam sayang
P/s Alhamdulillah Luqman berjaya dapat 5A, walaupun dia demam teruk sepanjang UPSR. Terima kasih kerana turut sama mendoakan kejayaannya.
Posted at 09:35 pm by anisayuni
Permalink
Friday, October 26, 2007
Salam untuk semua,
Wah, dah lama kak anis tak up-date n3! Almaklumlah cuti hari raya, walaupun pada hari raya ketiga Kak Anis dah balik ke rumah. Sebenarnya Kak Anis pulun buat penilaian prestasi guru-guru sesi petang. Kemudian menanda kertas soalan peperiksaan B.Malaysia. Disebabkan dah lama Kak Anis tak mengajar BM, maka kebolehan menanda dengan pantas macam tak ada. Malah terkejut kerana begitu banyak jawapan yang perlu disemak untuk seseorang pelajar. Berhelai-helai muka surat sampai Kak Anis rasa macam nak ... err ... nak pitam laa terutama bagi kertas jawapan yang ditulis ntah apa-apa.
Haa ... apabila dah terganggu emosi, Kak Anis berhenti seketika dan buat kerja-kerja lain seperti menulis dan membelek pokok-pokok bonsai. Tetapi kesudahannya, banyak benar pula berhenti seketika sehinggakan untuk satu kelas Kak Anis mengambil masa berhari-hari untuk menanda.
Kesudahannya lagi, kertas jawapan untuk satu kelas Kak Anis bawa ke Rompin dengan harapan yang tinggi dapat menandanya di sana tanpa 'gangguan' laptop dan lambaian pokok-pokok bonsai. Tetapi setiap hari sesi berakhir pukul 10.30 malam. Sampai di bilik, bantal pula melambai-lambai. Namun digagahkan juga hati dan beransur-ansur menanda, tapi tak habis pun.
Sebenarnya bukanlah Kak Anis seorang saja yang membawa kertas-kertas ni kerana ramai lagi yang sama-sama berkobar-kobar semangat untuk menyiapkan tugasan ini kerana kami berkursus musim periksa. Tapi kursus sudah sedia padat dengan pelbagai slot, maka tak dapatlah kerja penandaan disempurnakan bagai yang diharap.
Kursus bermula dengan riadah pukul 6.30 pagi. Kami menari tarian pocho pocho, chicken dance atau paling tidak pun menyusur tepi pantai sambil menikmati keindahan matahari terbit. 8.30 pagi bermula slot sehinggalah berhenti rehat untuk makan tengah hari dan solat. Sambung lagi slot sampai 4.30 ptg. Lepas tu riadah lagi ... meredah kawasan hutan kecil di hadapan Summerset Colonial Hotel and Villas. Riadah pada petang hari kedua kursus ... melawat sekitar bandar Kuala Rompin. Bagus juga kerana ramai peserta tidak pernah sampai ke Kuala Rompin sebelum ini.
Hari ini Kak Anis ke sekolah semula. Begitu juga dengan esok yang merupakan cuti ganti. Jadi Kak Anis tak dapat ikuti Simposium Penulis Pelbagai Kaum ke-VIII Sempena Hari Sastera 2007 anjuran DBP di Kuantan. Sayang sekali terpaksa melepaskan peluang ini, tetapi apakan daya ...
Di sini Kak Anis nak ambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudi bertandang, terutama yang meninggalkan jejak di rumah Kak Anis ni. Antaranya, Mayang Sari, redsportcar (terima kasih atas undangan), nia yang jauh di rantauan, daYah, zie, iqbal_hakimy (insya-ALLAH nanti Kak Anis akan bertandang), Mersik, rasya sofea, KakmOn, eja, anim, kuchiki_rukia, nurdia (tentu cikgu juga bz kan?) wabbit (stay cute always), suzan, adden bandarsepi, kak meen dan biskutz (terima kasih kerana sudi nak link rumah).
Hingga di sini dulu. Insya-ALLAH nanti kita bertemu lagi.
p/s Dalam kesibukan, sempat juga Kak Anis menonton pementasan P.Ramlee The Musical. Selepas pementasan, sempat pula mendapatkan tanda tangan Adlin Aman Ramli dan berbalas senyuman dengan Afdlin Sauki. Oh ya, Kak Anis dan anak-anak sempat bergambar dengan Hans Issac. Hansem betul mamat tu!
Posted at 06:18 am by anisayuni
Permalink
Friday, October 12, 2007
Selamat hari raya Aidilfitri,
Salam lebaran. Doa kak anis agar semuanya sentiasa sihat sejahtera dan berbahagia menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang.
Bersempena Aidilfitri, kak anis ingin memohon ampuan dan maaf andai ada tersilap kata dan terkasar bahasa sepanjang kak anis mengenali kalian semua. Tentulah ada di luar sedar dan kemahuan, kak anis menyakiti hati dan menyinggung perasaan sesiapa. Maafkan kak anis ya!
Insya-ALLAH pagi ini kak anis akan berangkat balik ke kampung. Dekat sahaja, jadi berilah peluang kepada mereka yang nak ke Pantai Timur melalui Bentong balik dahulu kerana kalau tidak sesaknya jalan bermula sebelum sampai tol lagi.
Pada hari raya ketiga, kami akan kembali ke Kuala Lumpur kerana suami kak anis bekerja pada hari Selasa. Lagipun kak anis ada banyak kerja berkaitan sekolah yang perlu dibereskan. Antaranya menanda kertas soalan peperiksaan dan membuat penilaian untuk borang prestasi guru-guru.
Kemudian pada 22 - 25 Oktober, kak anis akan mengikuti kursus pengurusan P.Kanan (HEM) di Rompin. Jumaat ada program RIMUP dengan SMK Seri Petaling. Sabtu (27 Oktober 2007) sekolah ganti pula.
Hingga di sini dulu.
Salam lebaran,
kak anis
p/s Terima kasih buat mama Jambu, Wan Amalyn, Anim dll yang sudi menghantar kad raya untuk kak anis.
Posted at 05:42 am by anisayuni
Permalink
Monday, October 01, 2007
Salam Ramadhan,
moga semuanya sentiasa tenang, sihat sejahtera dan berbahagia menjalani ibadah dan tugas seharian di bulan yang mulia ini.
Bagaimana dengan persediaan untuk menyambut hari lebaran? Mungkin semuanya sudah disediakan. Apapun, biarlah bersederhana dan jangan membazir.
Kenangkanlah mangsa gempa bumi di Sumatera yang kehilangan harta-benda pada awal Ramadhan dan kanak-kanak yang kelaparan di Darfur. Semua ini seharusnya menginsafkan diri kita. Memang sangat sedih ketika membaca dalam Mingguan Malaysia berita seorang kanak-kanak bertanya tentang baju baru untuk dipakai pada hari lebaran. Katanya, tidak pernah dia tiada baju raya yang baru untuk menyambut lebaran. Ibunya menyuruh dia berdoa, moga2 ada orang yang akan sedekah baju baru untuknya. Kata kanak-kanak itu lagi, kalau tak ada baju baru untuk dipakai di hari raya nanti ... dia pasrah.
Jadi bagi yang berkemampuan, jangan lupa bersedekah.
Hingga di sini dulu. Insya-ALLAH kita jumpa lagi sebab kak anis nak bersiap untuk pergi kursus mulai hari ini hingga 5 Oktober. Walaupun terkilan kerana perlu menghadiri kursus pada bulan Ramadhan (terutama kerana mungkin tak dapat solat terawih berjemaah dan mengenangkan suami dan anak-anak bangun bersahur tanpa kak anis), tetapi sekali lagi bagai yang pernah kak anis kata dulu, saya yang menurut perintah.
Salam sayang,
kak anis
Posted at 02:25 pm by anisayuni
Permalink
Wednesday, September 12, 2007
Salam Ramadhan al-Mubarak
Istimewa buat semua,
sempena kedatangan Ramadhan, kak anis ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa. Moga sentiasa sihat dan tenang sepanjang menjalani ibadah puasa dan ibadah2 lainnya sepanjang bulan yang mulia ini.
Wassalam
Salam sayang,
kak anis
Posted at 04:46 pm by anisayuni
Permalink
Wednesday, September 05, 2007
Isnin 3 Sept - Luqman ke sekolah untuk menduduki UPSR dlm keadaan dia masih demam (demam sejak minggu sebelumnya). Dengan harapan demamnya akan reda, kak anis meneruskan program iaitu ke Melaka untuk mengikuti kursus. Petang apabila telefon, ternyata demamnya bertambah serius dan Z sekali lagi membawanya ke klinik. Pada sebelah pagi, Danial dah dibawa ke klinik dan diambil darah kerana bimbang kalau2 demam denggi (alhamdulillah hasil ujiannya negatif denggi). Sebagai ibu, kak anis rasa bersalah tidak berada di rumah dalam keadaan anak2 tidak sihat. Setelah mendapat kebenaran, kak anis balik dan sampai di rumah pukul 10.30 malam (dalam keadaan hujan lebat). Kesiannya tengok Luqman dan Danial. Mujurlah kak anis nekad minta kebenaran untuk balik.
4 Sept - kak anis hantar Luqman ke sekolah. Dia masih demam dan tak bermaya. kak anis pujuk, kata buatlah setakat yang termampu. Selepas itu kak anis terus ke sekolah. Balik dari sekolah, keadaan Luqman tak berubah, walaupun dah makan ubat seperti yang diarahkan. Sesekali kak anis lap muka dan badannya dengan tuala lembab, tapi panasnya tak reda. Sambil tu kak anis bacakan nota Sains kerana mengenangkan Luqman tak dapat ikuti sesi khas penerangan oleh guru sains di sekolah dan guru tuisyennya kerana demam, tapi sempat beberapa bab aje kerana kata Luqman dia pening kepala sangat. Tutup buku ...
Malam sekali lagi kami bawa Luqman ke klinik. Dah datang kali ketiga, doktor kata kena bagi suntikan. Mulanya Luqman tak nak.
Luq : Mama kata dapat result apa2 pun tak apa, mama tak kisah
mama : Ya, mama tak kisah* ... tapi mama nak Luqman sihat.
Akhirnya disuntik juga. Balik terus tidur, tapi dikejutkan pukul 2 pagi untuk makan ubat.
5 Sept - Z hantar Luqman ke sekolah. Kemudian dari pukul 9 pagi, dia tunggu sampailah exam selesai pukul 12.55 t/hari. Sehingga kini dia masih lagi demam.
*Sebenarnya tentulah kak anis kisah. Ditambah rasa kesian kerana usahanya tak cukup di sekolah, dihantar tuisyen pula dengan dua orang guru. Tapi dah bahagian Luqman ... demam menjelang dan semasa exam. Sesungguhnya ALLAH penentu segala-galanya ...
Jumpa lagi ...
Posted at 10:33 pm by anisayuni
Permalink
Friday, August 31, 2007
Salam Merdeka,
Hari kemerdekaan merupakan masa untuk mengenang sejarah silam, memperkukuhkan semangat kenegaraan dan cintakan tanah air. Baharuilah azam kita untuk terus menyumbang kepada kemajuan dan kejayaan negara pada masa depan. Sesungguhnya setiap daripada kita ada peranan yang perlu dilaksanakan untuk membangunkan negara. Walau apa jua bidang yang kita ceburi, laksanakan tugas yang digalas dengan penuh tanggungjawab, cekap, jujur dan ikhlas.
Selamat menyambut hari kemerdekaan ke -50.
Malaysiaku gemilang.
Posted at 08:39 am by anisayuni
Permalink
Wednesday, August 29, 2007
Salam buat semua. Moga sihat sejahtera hendaknya.
Hari ni sepagi kak anis di Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Bukit Kiara kerana ada sesi bicara tentang penulisan kreatif. Respons drp peminat novel memang sangat mengalakkan. Lebih manis lagi ketika di sana, kak anis bertemu dengan Norzilah, teman lama yang sama2 menuntut di UM pada 1983 - 1986. Juga dgn Cikgu Saedan ketika sama2 mengajar di SMK Desa Tun Hussein Onn.
Selesai sesi, kak anis balik semula ke sekolah kerana banyak perkara yang perlu diurus. Pertama sekali kak anis sediakan bahan latihan untuk pelajar kerana kak anis akan berkursus ke Melaka dari 3 - 5 Sept. Kemudian berjumpa dengan Cikgu Azlin untuk mendapatkan feedback tentang program Semarak Kemerdekaan. Pagi tadi beliau dengan Cikgu Haslina membawa 73 orang pelajar menyertai program yang dirasmikan oleh Dato' Noh Omar di Dewan Komuniti Seri Petaling. Alhamdulillah, program berjalan lancar dan pelajar2 selamat kembali ke sekolah.
Esok, 7.00 - 9.00 malam ada solat hajat di sekolah Luqman untuk pelajar2 yang akan menduduki UPSR. Selepas tu akan ke sekolah kerana sambutan ambang merdeka. Ni merupakan acara 'wajib' kerana sekolah kak anis ada asrama.
Jumaat - cadangnya nak ke Pesta Buku sempena kemerdekaan di PWTC. Z pula kata, ada program keluarga di rumah kakak dia di Damansara Heights. Ni nanti agaknya nak kena lat talilat tamplom dulu ...
Sabtu nak ke rumah pengetua untuk menghadiri majlis perkahwinan anaknya. Ahad, tentulah sibuk di dapur untuk memasak beberapa jenis lauk-pauk untuk suami dan anak-anak kerana kak anis tidak ada di rumah dari Isnin - Rabu. Harunya kerana waktu nilah Luqman exam UPSR.
Khamis kembali ke sekolah. Jumaat pula ada sambutan Hari Kokurikulum. Sabtu ada solat hajat untuk pelajar2 yang akan menduduki PMR dan SPM.
Jadi kesimpulannya, kak anis tak ada waktu yang solid untuk benar2 duduk dan menulis. Meskipun begitu, kak anis tetap berusaha untuk menyiapkan manuskrip dengan waktu yang dicuri2 di sana sini. Insya-ALLAH , kak anis akan siapkan spt yang sudah dijanji ...
Posted at 06:06 pm by anisayuni
Permalink
Sunday, August 19, 2007
Hujung minggu yang sungguh padat dengan aktiviti. Pukul 8 pagi hari Sabtu, kak anis dah sampai kat Carrefour, Mid V untuk beli barang2 dapur. Balik ke rumah kemas barang-barang yang dibeli. Kemudian pada pukul 9.45 pagi kak anis ke KLCC pula kerana hendak membawa anak-anak menonton filem Transformers. Sebenarnya kak anis tak berapa suka menonton wayang di panggung kerana terasa membuang masa dan membazir duit, tapi sesekali perlu untukkan masa yang berkualiti dengan suami dan anak-anak. Ok juga filem ni, walaupun kesan bunyinya sangat membingitkan telinga.
Selepas itu kak anis sekeluarga pergi ke majlis perkahwinan Noraini, bekas anak murid masa kak anis mengajar di SMK Desa Tun Hussein Onn dulu. Jemputannya melalui e-mel dan kad, maka menjadi kewajipan bagi kak anis memenuhi undangan. Moga Aini dgn Azli berbahagia hingga ke anak cucu. Tak sangka pula jumpa dengan Mazlin dan Melina, juga bekas anak2 murid. Wah, kedua2nya semakin cantik! Agaknya tak lama lagi kak anis akan terima kad undangan daripada mereka pula. Insya-ALLAH ...
Malam pula kak anis dengan Z ke Hotel Mandarin Oriental untuk menghadiri jamuan tahunan syarikat tempat kerja Z. Meriah juga majlisnya. Adibah Noor sebagai pengacara, sekali gus sebagai penyanyi. Kemudian berganti pula dengan nyanyian drp Ramli Sarip. Kami tinggalkan majlis kira-kira pada pukul 11 ... tak daya nak tunggu sampai habis sebab dah ngantuk.
Pagi Ahad dari pukul 7.30 - 10 pagi, kak anis buat kerja2 gardening. Sekian lama pokok-pokok bunga kertas terbiar hingga dah jadi macam 'hutan kecil'. Nak dicantas satu per satu memang lambat, jadi kak anis potong sahaja dahan2 yang dah kehilangan bentuk. Habis botak kak anis kerjakan. Pokok bonsai pula tak sempat kak anis nak belek. Esok2lah ...
11.30 pagi kak anis sekeluarga ke Selayang untuk menghadiri majlis perkahwinan Norliana. Sampai semula di rumah pukul 2. Buat kerja2 esp gosok baju. 5.30 petang kak anis sekeluarga keluar makan bersama-sama keluarga Kak Meen. 7.30 sampai rumah. Usai solat, kak anis sambung lagi gosok baju. Kemudian tulis n3 nih. Lepas tu zzzz ...
Posted at 11:08 pm by anisayuni
Permalink
Friday, August 17, 2007
Syukur alhamdulillah perkhemahan KPJ dan RIMUP di Nur Lembah Pangsun berakhir dengan selamat. Pengisian kursus melalui ceramah dan latihan dalam kumpulan bertujuan menanamkan kesedaran dalam diri pelajar tentang peranan mereka untuk membanteras salah laku disiplin dan jenayah di sekolah serta mengeratkan perpaduan, insya-ALLAH tercapai.
Acara permainan perpaduan dijalankan selepas sesi 'Ampang Pecah' (ice breaking). Peserta dibahagi pada sembilan kumpulan untuk aktiviti berakit. Tiga rakit dilepaskan dalam satu-satu masa. Melakukan sesuatu yang tidak biasa, pelbagai aksi lucu dapat dilihat. Terjerit-jerit mereka apabila rakit-rakit ini berlaga sesama sendiri atau 'berenang-renang' ke tepian. Sampai di hujung kolam, jurulatih mengutip semua pendayung. Jadi untuk berpatah balik ke tempat permulaan, kenalah mereka menggunakan tangan untuk mendayung. Akhirnya semua terjun ke dalam kolam dan menolak rakit. Permainan ini benar-benar mengeratkan perpaduan antara pelajar pelbagai kaum.
Lega apabila acara ini berakhir kerana memang kami sangat bimbang akan keselamatan pelajar, walaupun setiap peserta diwajibkan memakai jaket keselamatan.
Tanggungjawab mengajar, mendisiplin dan pelbagai aktiviti sekolah yang tak pernah habis. Dalam kepala kak anis mula merancang aktiviti yang hendak dilakukan pada masa cuti nanti. Kak anis nak menulis kerana rasanya dah lama tak beri tumpuan pada penulisan. Namun pada pagi Khamis, pihak sekolah telefon beritahu yang kak anis perlu menghadiri bengkel pendidikan hak asasi manusia pada 22 - 24 Ogos di Hotel Quality. hu hu hu ... mencinye! Siapa kata jadi cikgu senang? Pelajar cuti, cikgu cuti ... ni kan kak anis kena pergi bengkel/kursus masa cuti sekolah?
Bila nak menulis ni? Entah! Kat atas meja ni bukan aje ada laptop, tapi ada dua timbun buku latihan pelajar yang mesti disemak. Latihan pemahaman dan penulisan. Menyemak latihan ni bukan boleh 'timbang kati', tapi kena teliti aspek laras bahasa dan sebagainya. Adusss!
Posted at 10:38 pm by anisayuni
Permalink
|
|
|