|
Salam manis, Kepada semua, kak anis doakan agar sihat sejahtera dan ceria hendaknya. Kak Anis baru kembali dari Sibu semalam dan ingin berkongsi pengalaman dan kenangan manis tiga hari dua malam di sana yang tidak mungkin akan dapat dilupa. Rentetannya: 30 November 2007 (Jumaat) - Kak Anis dengan beberapa orang penulis, iaitu Lily Haslina, Aisya Sofea dan Damya Hanna serta Ziana dan Liza yang mewakili Alaf 21 berkumpul di LCCT untuk penerbangan ke Sibu pada pukul 11.30 pagi. Alhamdulillah penerbangan tepat mengikut jadual dan kami selamat sampai di Sibu. Disambut mesra oleh Madam Hee, pemilik Public Book Company, Wisma Sanyan. Kami dihantar ke hotel penginapan di Hotel RH yang terletak bersebelahan dengan Wisma Sanyan. Selepas makan tengah hari dan berehat seketika, kami terus ke kedai buku. Selepas berehat, kami dibawa makan malam oleh Madam Hee dan Cik Tan. Kemudian berjalan di kawasan pasar malam sebelum balik ke hotel. 1 Disember 2007 (Sabtu) - Selepas sarapan kami ke pasar. Sempatlah membeli pelbagai jenis ikan masin, udang kering, buah nanas Sarikei dan cempedak. Selepas itu terus ke Public Book Company. Selepas berehat, kami makan malam di Cafe Bandong. Kemudian Mr. John Hee membawa kami bersiar-siar di sekitar bandar Sibu. Antaranya ke tempat pendaratan awal orang Cina di Sibu, iaitu di Sungai Merah. Ada monumen di situ. Kemudian singgah di beberapa tempat lagi sambil diberi penerangan ringkas. 2 Disember 2007 - selepas bersarapan di Cafe Tanjong Manis, kami bersiar-siar di bandar Sibu lagi sebelum langsung ke Durin. Hajat kami hendak membeli barangan cenderamata, tetapi tidak bertemu dengan tempatnya. Perjalanan diteruskan hingga ke Kanowit. Memang tak sangka kami akan sampai ke sini dan melihat rumah2 panjang di kiri dan kanan jalan. Selepas itu terus ke airport untuk penerbangan pulang pukul 1.40 petang. Di sini Kak Anis ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Alaf 21, terutama kepada En. Norden yang membawa Kak Anis dan penulis2 lain ke Sibu. Begitu juga kepada Ziana dan Liza yang sangat mengambil berat tentang kami sewaktu di sana. Juga kepada Mr. John Hee dan Madam Hee atas promosi dan layanan yang sangat manis sepanjang masa kami berada di Sibu. Tidak ketinggalan tentulah kepada semua peminat novel di Sibu khasnya dan di Sarawak amnya yang memberi sambutan hangat kepada kami. Insya-ALLAH kita bertemu lagi. Hingga jumpa lagi. Salam sayang, Kak Anis P/s: Kak Anis nak packing untuk ke Beijing/ Shanghai esok.
|
| Anis Ayuni January 5, 2008 04:18 PM PST nacha ... di Beijing kak anis menyelusuri memori Zairi - Dhira. Angin dingin membuatkan suasananya terasa sangat romantis | ||
| nacha December 10, 2007 11:42 AM PST wah! kak Anis gi China nak mengimbau kenangan Dhira&Zairi ke? so sweet... | ||
| Leave a Comment: |